Sunday, September 5, 2010

Ramadhan: Fiesta of Faith

Bulan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang sedang menunggu akan kedatangannya. Kedatangannya juga menjadikan orang tidak senang duduk bagi orang yang merasakan Ramadhan adalah bulan penyiksaan bagi mereka. 'ala kulli hal, Ramadhan masih Ramadhan, kewajipan berpuasa masih perlu ditunaikan, zakat perlu dibayar. Saat ini tetap akan datang dan pergi walaupun tiada siapa yang menghiraukannnya. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar......

Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun kedua (bagi diri penulis) Ramadhan disambut di bumi Cyberjaya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, bangunan berganti bangunan, manusia keluar masuk silih berganti, sedar-sedar Ramadhan datang kembali. Bagi AJK yang terlibat secara langsung dengan program Ramadhan di CUCMS, kehangatannya sangat dirasai, kesibukkannya tidak dapat digambarkan, kekusutan minda tidak dapat dibayangkan ditambah lagi dengan jadual yang begitu ketat dan padat. Akan tetapi, Alhamdulillah, dengan berkat Ramadhan, sambutan Ramadhan masih dirasai walaupun beberapa agenda tidak berjalan dengan sempurna.~sepuluh jari disusun mengharapkan kemaafan dari semua pihak.


Banner at the walk-away (7m x 4m = covered one level of CUCMS building)

Memandangkan puasa tahun ini berlangsung di bangunan baharu, semangat Ramadhan juga berbeza daripada tahun lepas. Semangat ini kian membara apabila laungan azan Zohor mula dilaungkan di bangunan kolej. Bergema seluruh bangunan kolej yang luasnya hanya seluas padang bola sepak. Alhamdulillah, seruan ini dapat menyentuh hati-hati muslimin muslimat, pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah bahkan president sendiri turun bersama-sama untuk menunaikan solat secara berjamaah di ruang lobi. Setelah selesai solat berjamaah, kami diisikan dengan tazkirah-tazkirah yang mantap bagi mengisi kekosongan jiwa oleh para pensyarah (pensyarah tempatan dan luar negara). Ini merupakan permulaan yang baik untuk menghidupkan lagi suasana islamiah di CUCMS. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Seperti biasa, majlis berbuka dan solat sunat tarawikh turut diadakan di kolej. Dikesempatan inilah, hubungan junior-senior dan hubungan antara fakulti dibina dan ukhuwah terjalin. Brothers dan sisters yang sudah memasuki alam clinical sama-sama meluangkan masa kembali ke kolej untuk memeriahkan suasana. Tidak lupa juga akan kehadiran pensyarah-pensyarah yang begitu komited dengan aktiviti pelajar. Alhamdulillah, inilah keberkatan Ramadhan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Ramadhan kali ini juga dihiasi dengan menghidupkan malam-malamnya. Hampir setiap hujung minggu akan diadakan qiamulail sama ada di kolej mahupun di masjid yang berdekatan. Pada hujung minggu yang ketiga Ramadhan, PPIM student chapter (Persatuan Perubatan Islam Malaysia @ IMAM) menghimpunkan brothers dan sisters dari kebanyakkan universiti yang berdekatan dan juga pelajar-pelajar yang belajar di luar negara yang pulang bercuti. Turut bersama-sama hadir ialah beberapa aktivis senior yang sangat dihormati dalam bidang perubatan seperti Prof Abd Rashid (researcher), Dr Alamin (pakar bedah) dan Dr Azahar (pakar perubatan kecemasan-Doha, Qatar). Peluang ini tidak dilepaskan oleh para peserta, aktivis-aktivis muda untuk berkongsi pengalaman dengan mereka dengan mengadakan perbincangan kecil-kecilan. Subahanall, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Inilah sedikit sebanyak perkongsian mengenai sambutan Ramadhan di Cyberjaya University College of Medical Sciences. Tidak banyak bezanya dengan sambutan Ramdhan di tempat lain. Namun, apa yang diharapkan dari program Ramadhan pada kali ialah semoga setiap daripada warga CUCMS dapat merasai kemanisan iman dan menjadi titik perubahan kepada suasana yang lebih baik.Wallhua'lam.


p/s: credit to all Ramadhan: Fiesta of Faith committee members which had going a lot of troubles conducting the programme and also I would like to ask apology of my wrong doing. Not forgotten to all lecturers and staff who are very committed to involve in every programme we organized. Jzkk....
also to zul =)

1 comment:

Zulkifli Zakaria said...

Salam...
Bestnyer puasa di CUCMS... semoga dilipatgandakan kebaikan org2 y berusaha mem-bestkan puasa di sana =)

Apsal zul? =P