Monday, September 6, 2010

Bujang Senang

Wahai lelaki…

Pernahkah terfikir bahawa banyak kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada kita? Sebagai seorang manusia biasa segala keperluan adalah sama akan tetapi dari sisi pandang gender terdapat perbedaan yang ketera. Lihat sahaja badannya sudah tahu itu lelaki. Dengar sahaja suaranya sudah tahu itu lelaki. Itu merupakan perkara tabi’i manusia. Perbedaan dari fizikalnya.

Akan tetapi kelebihan yang sangat hebat kurniaan Allah ialah kehebatan psikologi yang sangat luar biasa. Dari sudut pandangan sejarah, umat Islam mampu bertahan di atas muka bumi ini dengan adanya barisan Arrijal yang bisa menganjakkan paradigma mereka memanipulasikan kelebihan ini untuk mencapai kegemilangan dunia dan akhirat. Sehinggakan dua tamadun unggul (Rom dan Parsi) suatu ketika dulu rebah mencecah bumi dan kalimah la ilaha illallah mampu tertegak dengan ampuhnya. Hal ini tidak mungkin menjadi kenyataan sekiranya Arrijal yang dibentuk oleh Rasullah mempunyai tahap psikologi yang rendah. Jika diteliti dengan sebaik mungkin akan rasul-rasul Allah, kesemuanya adalah dalam kalangan lelaki dan dapat dilihat ketabahan seorang lelaki dalam mengharungi pelbagai rintangan menyampaikan risalah Allah SWT.

Dari sudut pandangan yang naïf, mudah sahaja bagi seorang lelaki untuk mengumpan seorang wanita cantik berpelajaran tinggi untuk jadi pacarnya walhal lelaki itu tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Bahkan, kulitnya hitam lagi (berdasarkan kes-kes di university). Tidak kisah akan betapa tingginya ego seorang wanita kerana ia bisa digugurkan oleh seorang yang bernama lelaki. Malahan tunduknya wanita mengalahkan tunduknya kerbau yang dicucuk hidung. Bukan berhasrat untuk merendah-rendahkan martabat wanita, akan tetapi itulah hakikat kebenaran yang Allah telah tuliskan di dalam kalamNya

Arrijalu qawwamuna `ala annisa’i…"

(

Annisa: 34

).

Wahai lelaki…

Telah tersedarkah kamu akan hakikat ini? Setiap nikmat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah boleh dimanfaatkan untuk kebaikan dan juga boleh dimanfaatkan untuk keburukan dan nafsu. Tidak dapat dinafikan bahawa segala yang indah itu dapat menyenangkan hati melihatnya (ali’imran: 14).

Jika sudah sah wanita itu milikmu, maka pimpinlah wanitamu sehendakmu kerana engkaulah pemimpin mereka dan lindungilah wanitamu sehendakmu kerana engkau ditugaskan untuk menjadi pelindung mereka.

Jika wanita itu ajnabimu, maka pimpinlah mereka dengan sepatutnya dan lindungilah akan hak-hak mereka dengan sepatutnya.

"Dekati yang halal dan jauhi yang haram"


p/s: adaptation from tazkirah upon solat tarawih 27th Ramadhan 1431H. CSH.

No comments: