Saturday, January 3, 2009

Hijrah yang Memeritkan.....

salam maal hijrah....1430

tahun baru yang disambut dengan tidak meriah sekali pada tahun ini kerana di cemari dengan aksi askar-askar zionis yang sangat kurang ajar sekali. tidak sudah dengan mengambil tanah-tanah milik rakyat palestine kini mereka semakin mengancam dan menekan panduduk palestine di gaza. katanya pihak hamas memulakan serangan yang mengancam penduduk israel bahkan itu cuma alasan mereka untuk menghapuskan seluruh rakyat palestine yang kini hanya tinggal lebih kurang 1.5 juta orang(di gaza). akhirnya nanti penantian mereka untuk menakluk bumi suci palestine akan menjadi kenyataan dan akhirnya mereka akan melakukan segala-gala perancangan mereka untuk mendirikan haikal temple di atas rumah Allah, masjid al-aqsa...nauzubillah.

marilah rakan-rakan kita mendoakan kejayaan para mujahid di palestine yang sedang berjuang menghalang asakan pihak zionis. di samping itu, kita juga perlu berjihad untuk menghindarkan diri kita dari menggunakan produk-produk keluaran yahudi dan amerika juga. sama-sama kita memboikot barang-barang yahudi dan amerika sebagaimana kita memboikot barangan denmark tempoh hari kerana menghina Rasullah. semoga usaha kita membuahkan hasil untuk menghentikan serangan zionis terhadap israel.

Allahuakbar!!!!!!Allahuakbar!!!!!

No comments: