Friday, November 7, 2008

...kian suntuk....

dahulu hidup ini ceria bersama-sama rakan-rakan
gelak tawa bersama, makan bersama, bersolat bersama.
sambil-sambil berbicara kosong banyak isu-isu yang dibangkitkan dan dibahaskan.
boleh dikatakan 'kedai kopi' yang tidak menjamukan kopi.
dirasakan orang disekililing begitu hebat dan mantap-mantap belaka.
tidak ketinggalan juga hal-hal agama juga dibicara.
tidak kurang juga aktiviti luar yang dikuti.
berseminar, beriadah, berorganisasi dan bermacam-macam lagi.
amat berguna untuk masa hadapan dan kehidpan yang hakiki.

dilihat muka-muka ceria yang menghiasi kehidupan ini.
kadang kala muka-muka ini memberi ilham dalam kehidupan.
kadang kala muka-muka ini juga memberi ketenangan dalam mengharungi kehidupan yang mencabar ini.
muka-muka ini jugalah yang membimbing kehidupan ini ke arah kehidupan yang sebenar.

akan tetapi, ujian dunia mula menghimpit.
menghimpit muka yang tersenyum lebar.
menghimpit muka yang selalu berjenaka.
menghimpit muka yang banyak berkata-kata.
kehidupan ini tidak seceria dahulu.
bukan sahaja muka yang berubah-ubah bahkan fikiran mula kusut tatkala 'masa semakin suntuk'....

"Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah petunjuk-Mu kepada kami dan berikanlah taufiq dan hidayah-Mu agar kami sentiasa berada di atas kebenaran. Mudahkanlah urusan kami dan jadikanlah kami mukmin yang selalu mengambil pengajaran daripada kitab-Mu dan orang-orang yang terdahulu."

2 comments:

aisyah ismail ♥ said...

salam.. sorry for the unconvinience.. in case u dont know.. i've change my blog url.. http://www.aisyaumayra.blogspot.com/ =)

Anonymous said...

syukri best!