Monday, October 27, 2008

Kulim oh kulim….
Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam lebih kurang membuka mata ini
Perjalanan memburu cita-cita…pengembaraan memikul seribu harapan….
Bermula dengan bertatih dan bertatih sambil dibimbing oleh ramai orang
Kini berada di dalam perjalanan untuk menempuh ujian sukar
Ramai yang mengatakan boleh ke kita Berjaya??? Boleh ke????
Seribu persoalan timbul dalam benak hati setiap pejuang
Berhenti merehatkan diri di tengah perjalanan menemukan lawan di tengah jalan
Lawan yang juga mempunyai tujuan yang sama
Tujuan untuk merebut makhkota impian setiap insan yang mengetahui kewujudannya
Milo panas membasahi tekak yang sedari pagi kontang menunggu air
Kerincing perut berbunyi perlahan-lahan sunyi disuap nasi lemak
Kepenatan fasa pertama bah diperhentian ini
Lawan yang menjegil si pejuang melangkah berhati-hati
Takut-takut padah yang menimpa
Perjalanan di teruskan dengan menaiki pacuan beroda lapan
Dengan pelbagai ragam
Ada yang menyandar ada yang berbaring ada yang membulat mata meniti baris-baris akhbar
Gayanya bagaikan tiada apa yang akan berlaku di penghujung jalan ini
Kebosanan sepanjang jalan hanya dapat diisi dengan nyanyian mulut tak bertauliah
Kadang-kala mulut-mulut becok menggellikan hati
Tidak apalah asalkan hilang gugup di hati
Roda yang berputar selaju 80 km/j itu akhirnya mencecah bumi Kulim
Yang menjadi tempat beradu tenaga sang perwira dan si gagah dari pelbagai pelosok Malaysia
Petang itu tatkala angin bertiup mengeringkan padang yang dibasahi hujan dipaginya
Kelihatan pekerja-pekerja sibuk mengecat padang yang sedia berwarna
Untuk hari perhitungan katanya

Bermacam-macam saiz badan kelihatan
Si bulat kehadapan sahaja perutnya
Si lonjong tinggi saja lompatannya
Si keping larinya bagaikan pelesit
Si gagah tiada yang dapat menghalang
Peperangan psikologi sudah bermula
Teknik-teknik yang dituntut dahulu diasah kembali
Supaya mudah menjamah pihak lawan
Bagaikan buaya menjamah ayam
Namun si perwira-perwira yang ini lain pula gayanya
Hampir setiap masa, setiap saat, setiap detik tidak terlepas dari gelak tawa
Ada saja yang mahu dikekehkan oleh mereka
Tersilap langkah pun diketawakan oleh mereka
Apakan pula yang jatuh bergelumang lopak
“wajib” diketawakan mereka….hehehe….
Memandang ke ufuk barat, nyalaan mentari kian pudar
“pulang awal” menjadi kebiasaan mereka
Dikala yang lain sibuk menedang, menyepak, menangkap bola, si perwira-perwira ini melangkah pulang menyiapkan diri untuk malam hari

Kulim oh Kulim….
Tempat ini membuka mataku
Sambil-sambil bergembira menikmati hidangan malam
Terdengar suara kesyukuran akan nikmat yang diberi oleh tuhan yang Maha Agung
“best lagi tempat kitakan!! Makan sedap, tandas lawa, surau lawa siap ada air-cond lagi tu”
“bapak, jauh giler nak g asrama dia!!!”
Kesyukuran yang tiada tandingannya
Walaupun dari “rumpun” yang sama namun kelebihan yang diberikan membezakan segala-galanya

Hari perhitungan…..
Perasaan bercampur baur
Gelabah, cuak, seronok, takut, menghantui fikiran
Rasa nak terkentut, nak terberak, nak terkencing semua ada
Namun perasaan itu lenyap begitu sahaja
Mana taknya semua orang pakat buat lawak

Dua pasukan beradu tenaga di tengah padang
Ada yang tergolek, ada yang terbaring, ada yang Berjaya meloloskan diri
Ada yang bersorak gembira, ada yang tunduk kesedihan
Itulah adat permainan
Hanya ada dua pilihan sahaja
MENANG atau KALAH

BRAIN vs BRONE
Mana satu akan menang???
Ada orang kata BRONE yang akan menang
Ada gak orang kata BRAIN yang akan menang
Namun semua itu bergantung pada usaha dan tawakkal ilallah

Bak kata orang sang juara tetap juara
Walaupun dipanggil dengan panggilan ‘budak sekolah’, hakikatnya tidak dapat di tolak
Yang berhak menang tetap menang
Bukan nak meninggi diri tapi perasaan yang geruh perlu ditenangkan kembali
Ialah orang yang memanggil panggilan sedemikian mungkin merasakan dirinya besar
Ataupun hanya berlagak seperti orang besar padahal hatinya sekecil tikus

sang juara hampir tersungkur di penghujung jalan menggapai impian
namun pertolongan tuhan ada di mana-mana sahaja
tapi kene juga ada usaha untuk mendapatkannya
kerana ianya datang bukan semudah petikan jari
inilah yang dikatakan kekuasaan Allah

seharian beradu tenaga, mengerah segala tenaga yang ada
si lumut kecundang di tangan tuan empunya rumah
manakala si ikan bilis turut menggelupur kekurangan air walaupun hujan lebat melanda
dan kesudahannya hanya dua armada yang mampu bertahan sampai ke akhir, si “budak sekolah”
setelah menumbangkan satu persatu lawan kedua-dua pihak kini menumpu perhatian untuk perhitungan yang terakhir……..
satunya adalah penyandang juara dua kali berturut-turut dan satu lagi pencabar menundukkan finalis tahun sudah
keduanya berjabat tangan bukan bermesra-mesra tapi sebagai seorang jaguh yang perlu dihormati
si juara yang tanpa kelibat “si tikus” agak gentar melangkah ke gelanggang
bagaikan si buta hilang tongkatnya
namun segala keresahan dan igauan buruk hari kelmarin di letak ke tepi

semboyan dibunyikan tanpa pertempuran bermula
tanah lecah berlumpur tidak dihiraukan
mata ditumpukan kepada kelemahan pihak lawan
hanya menunggu masa yang sesuai
akan dirobek benteng pertahanan mereka
persaingan sengit antara kedua pihak menghangatkan suasana yang kian membeku

semboyan sekali lagi ditiup
menandakan pertempuran harus dihentikan
dikala ini si juara melompat setinggi lompatan kanggaru membawa anak tanda kegembiraan
sekali lagi si juara di panggil juara atas kemenangan yang dikecapi
pihak lawan hanya mampu tertunduk tersenyum tawar
kali ini si “budak sekolah” menunjukkan yang mereka mampu menjuarai pertempuran “orang besar” sekali lagi dan ini adalah untuk kali ketiga

No comments: