Sunday, September 6, 2009


Terasa dingin jari jemari digigit bayu gunung. Terasa indahnya alam ini yang dicipta tuhan. Alam yang dicipta tanpa halangan sesiapa pun. Kerana dia maha berkuasa. Betapa indahnya alam ini yang dihiasi dengan seribu satu macam keunikkan makhluk.

Berjalan-jalan di Cyberjaya, memperlihatkan pelbagai ragam dan karekter manusia di atas muka bumi ini. Ada yang lahir dari benua Afrika, tidak kurang yang dari benua Eropah yang datang ke mari untuk menuntut ilmu. Pertama kali menjejakkan kaki di surau MMU (Mltimedia University) untuk solat jumaat, dapat dilihat golongan-golongan Arab dan bangsa berkulit hitam yang sedang membaca Quran sambil menanti masuknya waktu. Samada yang berseluar triquater, berpakaian fit mahupun berjubah mereka tidak melepaskan peluang untuk membaca Quran ditambah pula Jumaat ini berada di bulan Ramadhan.

Berpaling dari posisi, terlihat warga tempatan yang lena tidur untuk menanti masuknya waktu solat. Tahulah puasa memang memenatkan tapi bukankah kesempatan yang ada itu sepatutnya direbut untuk menambah pahala kita yang jauh terkebelakang berbanding dosa kita yang memecut bagaikan Usain Bolt. Perut kosong, badan penat, maka mata mula kuyu yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Mengimbau kembali kenangan di sebuah masjid untuk solat Zohor, seorang kanak-kanak Arab yang berumur lingkungan 5 tahun mengambil Quran lalu dibaca bagaikan buku cerita. Mungkin itulah hiburan bagi kanak-kanak itu. Bagi kita itu perkara biasa kerana AL-Quran itu adalah bahasa ibunda meraka. Akan tetapi, jika difikirkan balik mahukah seorang kanak-kanak untuk membaca Al-Quran tanpa disuruh oleh ibu bapanya? Sedangkan orang yang lebih dewasa amat sukar untuk membuka Al-Quran inikan pula kanak-kanak yang hanya beberapa tahun hidup di atas dunia ini.Kalau diikutkan silibus mengaji di Malaysia, kanak-kanak pada umur itu mungkin masih belum lagi habis membaca Muqaddam.

Persoalannya di sini ialah bagaimana mereka dididik untuk sentiasa membaca ayat-ayat Allah tanpa rasa bosan dan jemu? Dan apakah salah didikan kita sehingga menjadikan kita ini malas untuk menyelak helaian-helaian Al-Furqan yang menjadi pemisah antara kebenaran dan kepalsuan?

Al-Quran menjadi pemandu kehidupan manusia, Al-Quran menjadi penawar kepada manusia, Al-Quran menjadi pelindung diri, Al-Quran pemberi hidayah.

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN.....

3 comments:

PeRaNTau said...

nice la syuk =)

rock stoner said...

Tq
lama dh x tulis blog rs cm laen je...
=)

Rabiatul Adawiah A. Basir said...

salam ziarah~
and salam aidilfitri maaf zahir batin;)