Sunday, June 21, 2009

Saat remaja

Umur 15 tahun…

Bersama-sama rakan-rakan sebilik, duduk sembang-sembang. Berangan-angan mahu memiliki banyak benda; duit banyak, rumah besar, komputer berteknologi tinggi, kereta, motorsikal, handphone, mp3 dan tentu sekali “awek” yang cun(nak islamik sikit isteri yang solehah). Seronok rasanya bila ada semua benda ini. Nak jalan-jalan pun senang. Nak travel pun senang. Nak cakap dengan awek pun senang. Hidup senang. Nak buat apa-apa pun boleh ikut suka hati aku. Pendek kata semua senang dan tak membosankan.

Umur 17 tahun....

Seronoknya SPM dah habis. Nak buat apa masa nak tunggu result? Belajar kereta!!! Lepas tu, baru boleh ronda-ronda satu KL. Kalau duduk saja kat rumah bosan gak. Baik pergi cari kerja. Berisi gak poket aku ni. Nak mintak mak mesti tak bagi nyer, bukan belajar lagi.

Umur 17 tahun: kenduri arwah....

Aku kene jadi tuan rumah?? Nikan rumah mak kenapa aku yang kene jadi tuan rumah? Memang ni pun rumah aku, tapikan mak tuan rumah ni ? Mak kata; Tolong mak ya. Ayah korang dah takda. Alan (bukan nama sebenar) dah besar boleh tolong mak kan? Wakilkan mak. Mak nikan perempuan.

Umur 18 tahun: bulan Ramadhan....

Mak suruh aku bayar zakat? Kenapa aku? Kenapa tak suruh abang long ? kata mak; abang long kau tu tak balik raya ni. Dia ada final exam. Tolong mak ya. Ayah korang dah takda. Alan dah besar boleh tolong mak kan? Bukan mahu melawan atau membantah. Tapi...Kenapa aku? Kenapa mak tak buat sendiri?
Umur 18 tahun raya korban....
Mak: ni ada kupon dari masjid. Karang dah siap korban boleh amik daging kat masjid. Alan pergi ya!
Alan: mak, nak pergi bila?
Mak: lepas sembahyang ler. Kan korbannya lepas sembahyang...
Alan: nak amik je ke? Nak tolong sekali?
Mak: kene la tolong sekali. Takkan nak tengok je. Tak malu?

Umur 18 tahun: sebulan sebelum masuk universiti...

Hidupkan roadtax kereta? Roadtax motor? Bayar bil elektrik? Bayar bil air? Bayar duit ansuran kereta? Bayar cukai tanah? Maintainance kereta?
mak bagi duit buat semua ni. Tanpa berkata apa-apa mak menoleh dan berlalu pergi. Tergamam. Aku tak tahu macam mana nak buat. Nak hidupkan roadtax dekat mana? Nak bayar bil dekat mana? Menyoroti ibu kembali. Minta ibu temankan. Alan yang buat semua.(takut duit tak cukup)

umur 20 tahun: perkahwinan kakak.......

betul ke? Bagai sebuah kontena menghempap bahu ini. Kakak mendesak aku untuk menjadi walinya dan mahu aku untuk menikahkan suaminya. Kakak kata: akak tau Alan seorang yang betul-betul beriman. Rajin solat malam, selalu imamkan family kita, rajin mengaji. Dan akak tahu Alan tak akan buat perkara-perkara yang bukan-bukan. Akak nak perkahwinan akak ini terjamin. Sebab itu akak pilih Alan. Benar kata kak nita. Tapi mampukah aku memikul beban ini.

..............................................................

Remaja sekarang tidak mengerti bagaimana kemewahan yang dinikmati diperolehi. Mereka mungkin tidak tahu apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka sehingga mereka hidup mewah sebegitu. Tidak berwang tapi sudah berkereta. Tidak berwang tapi sudah berhandphone. Tidak berwang sudah berpacaran. Tidak berwang sudah bernikah. Apa yang mereka lihat hanya kemewahan di depan mata. Tidak pernah tahu apa yang orang tua mereka buat selama mereka hidup. Hidup ini penuh dengan tanggungjawab. Usah lalai dan leka. Makin menigkat usia makin bertambah tanggungajawab. Tanggungjawab yang tidak difahami pada masa kecil dan hanya tahu pada masa tertentu. Ketahuilah tanggungjwabmu dan belajarlah dari orang yang lebih tua darimu. hidup ini tidak semudah disangka.

5 comments:

Zarith Shafie said...

siyes weih.. ku suka post ni..
deshum2 kene kat aku.. heh..
rumaja skang mmg nmpak mewah je.. hu hu hu..

in a way, kekadang ku kene gak camtu.
tiba2 dpt tugas2 mengejut..
hamdanlillah banyak la juga ku belajar.. tp betul, slama ni, kita x amek kesah pon semua ni..
x tau pun..
and u're right,
"Tanggungjawab yang tidak difahami pada masa kecil dan hanya tahu pada masa tertentu."
masa kini baru laa cam, tau.. tp sejauh mana je tau kan? hu hu..

tp kan, kalo la akak ku mntak ku walikan.. i dunno if i can do it..
urm.. abang ku still ada.. hu...

sperti SMS from pokcik,
cuti ni la masa utk berkhidmat sehabis baik untuk mereka yang tersayang...
nice one shuk~!

zhulixin said...

salam...

syuk, aku sgt suke post ni... :)

Elya said...

ske jgk yg nie..rase blum ckup mature untuk buat sume tu...
kna reflect...bestttt!

d4uh said...

psal nama ko alan....hoho...alan oh alan

JHaZKiTaRo said...

salam ramadhan dari ex-kmbian di bumi eire.. blog hopping.. rajin2, meh laa lompat2 ke my blog.. :)