Sunday, June 21, 2009

Saat-saat indah aku dan mu

Aku suka kamu....

Ungkapan yang akan diucapkan oleh setiap pasangan yang bercinta. Apalah makna hidup ini kalau tidak dicintai. Hidup tanpa cinta bagai pokok tanpa baja. Hidup tanpa cinta bagai manusia tidak bernyawa. Hidup tanpa cinta bagai bumi tanpa lautan. Tidak mustahil untuk bercinta dan tidak mustahil untuk dicintai. Perasaan yang ada pada setiap manusia. Fitrah yang tidak boleh diceraikan lagi.
Hidup di dunia ini tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta kepada ilahi. Cinta yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Cinta yang hanya dapat dirasa oleh hati dan nurani. Cinta yang kadangkala disalah tafsirkan. Kerana tipu daya dunia yang mengaburi mata kasar. Oleh itu hanya insan yang terpilih sahaja mampu memperoleh cintanya.

Termenung sejenak....

Cinta hari ini apa tujuannya? Biasa orang kata cinta yang sejati akan berakhir dengan perkahwinan. Kerana perkahwinan menuju bahagia. Apa yang dimaksudkan dengan bahagia ini?. Mungkinkah cinta yang dibina hanya untuk mendakap orang yang disayangi. Mahu menghalalkan yang haram. Dan perkahwinan sebagai prasyarat untuk menutup kemaksiatan yang mahu dilakukan. Inilah baru dikatakan sebagai BAHAGIA. Kalau begitu gayanya, cinta ini kerana nafsu. Sememangnya tidak salah lagi. Apa tidaknya, asasnya mudah. Kehancuran institusi kekeluargaan. Tidak sampai setahun jagung berkahwin sudah bersepai rumah tangga yang dibina. Tidak kira yang tinggi pendidikannya atau pekerja-pekerja buruh. Sama sahaja keadaannya

Termenung sejenak...

Bagaimana pula anak-anak muda yang berpacaran yang tidak tahu hujung pangkalnya? Berkepit ke hulu ke hilir tanpa malu dan segan. Tidak lupa juga dengan adegan aksi tersendiri yang meloyakan. Kemudian melafazkan rasa cinta yang tak tentu lagi pengakhirannya. Itu yang kurang berpendidikan. Tidak ketinggalan yang tinggi pendidikannya. Ada sahaja tipu helah yang rencanakan. Pandai berhujah untuk menegakkan benang yang basah. Pandai juga untuk mencari “port” untuk “berlabuh”. Malah ada yang terlalu pandai sampai hilang pertimbangan diri. Nak sangat yang hidung mancung macam shah rukh khan sampai bangla tepi jalan pun layan. Ataupun ada yang mahukan kekayaan sekelip mata ikutlah mat afrika yang pakai IPHONE TOUCH. Kalaulah ini gambaran pemuda pemudi sekarang, inilah imej negara pada masa hadapan. Bak kata orang nak tengok teguhnya rumah tengok pada tiangnya, nak tengok sesebuah bangsa tengok pada pemuda dan pemudinya.

Terdetak hati ini....

Adakah cintaku hanya pada-Mu?
Adakah cintaku mendapat bimbingan-Mu?
Adakah aku bercinta?
Mampukah aku untuk bercinta?
Adakah aku dicintai?
Cinta ini satu permainan dan kita perlu bermain dengannya. Sebagaimana dalam permainan, ianya perlukan matlamat dan strategi untuk menang. Kalau kita kalah pada cinta teruk padahnya. Namun, kemenangan terhadap cinta manis rasanya.
....................

p/s: hanya pandangan terhadap cinta dan kasih sayang....=)

5 comments:

halimatul saadiah said...

seseorang itu tidak dapat mencintai seseorang jika dia belum mencintai dirinya sendiri dan dia tidak mencintai dirinya sendiri sebelum dia mencintai Allah...

rock stoner said...

Allah sentiasa menyayangi makhluk ciptaannya.....
sayangnya makhluknya yang selalu melupainya...

halimatul saadiah said...

so,anda dicintai la...huhu..
oleh Allah,InsyaAllah...
org suke ckp psl cinta tp rugi la kalu asyik ckp psl cinta manusia...
lbh2 lg kalu still blaja...emmm...kna hbiskan IB dlu;)

rock stoner said...

insyallah....
moga2 selalu memperoleh cintanya...
harap anda juga begitu...=)

sangat setuju...
kerna waktu ini ramai yg sudah berjinak2 dgn bnd ni...
syg klau bnd yg tak pentg menjadi keutamaan.

halimatul saadiah said...

shukran=)